19 November Hari Penting Malaysia, Undi Lebih 21 Juta Penduduk Jadi Penentu

Politics
18 Nov 2022 • 7:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Petugas SPR membuat persiapan dari segi peralatan agar proses PRU -15 esok berjalan lancar. - Gambar oleh Azim Rahman

Esok, merupakan hari penting kepada rakyat Malaysia.

Sebanyak 20,853,681 daripada keseluruhan 21,173,638 pemilih berdaftar akan membuat pilihan masing-masing mulai 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi pengundi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sudah pasti antara pihak yang paling sibuk ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bekerja keras bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar.

Antara persiapan yang dilakukan ialah memastikan peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak undi tersedia dengan rapi.

Jurufoto Getaran, Azim Rahman dan Alif Omar membuat tinjauan persiapan SPR di Putrajaya serta Meru Jaya, hari ini.

image is not available
Sejumlah 38,348 saluran disediakan di 8,958 pusat mengundi di seluruh negara pada PRU-15 ini.

image is not available
PRU-15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

image is not available
Seramai 1,380 calon bertanding iaitu 939 (kerusi Parlimen), 434 (kerusi DUN Perlis, Perak dan Pahang) dan tujuh calon Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya.

image is not available
Kempen PRU-15 ini berlangsung selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon, 5 November lalu.

image is not available
Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lepas bagi memberi laluan PRU-15, 3 hari selepas Bajet 2023 dibentangkan di Parlimen.

image is not available
Petugas SPR melekatkan panduan mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Meru Jaya.

image is not available
Pilihan raya kali ini melibatkan kos RM1.01 bilion iaitu peningkatan kira-kira RM500 juta berbanding PRU-14.

image is not available
Pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi pengundi di Sabah, Sarawak dan Labuan.