19 PTI dipenjara empat bulan

13 Mar 2025 • 9:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Sembilan belas pendatang tanpa izin dijatuhi hukuman penjara empat bulan masing-masing kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Archie Otos, Nishra Mindang, Julius Dino, Aladin Jainuddin, Danial Sabongkotak, Rijad Rikardus Doni Daho, Revalina Masa Laot, Anamey Bensali, Carmina Taruk, Jupri Abdullah, Mariam Said, Muhammad Azmin Kamar Sharif, Muharram Mabbul, Asrim Gapal, Kismal Muhammad, Abdul Hisam Ismail, Eddy Pino, Hazizul Idris, dan Dodong Jeprey, berusia antara 22 hingga 51 tahun.

Kesemua pendatang tanpa izin itu yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, atas pertuduhan memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda maksimum RM10,000, serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendatang tanpa izin ini ditahan oleh pasukan Imigresen yang menjalankan operasi di Keningau, Tambunan dan Sipitang pada Februari tahun ini.

Semasa operasi tersebut, mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pegawai Imigresen.

Semasa mitigasi, merekan memberitahu mahkamah bahawa mereka menetap di negeri ini tanpa sebarang dokumen selama beberapa bulan hingga bertahun-tahun dan bekerja sebagai buruh, tukang kayu, serta petani.

Pendatang tanpa izin itu juga memohon supaya dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izi itu menjalani hukuman penjara mereka dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman, kesemua pendatang tanpa izin ini akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim dari Jabatan Imigresen hadir mewakili pihak pendakwaan.

View Original Article