190 cedera Taufan Koinu badai Taiwan

6 Oct 2023 • 4:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA (Turkiye): Kira-kira 190 orang cedera selepas Taufan Koinu membawa angin kencang dan hujan lebat di selatan Taiwan, menyebabkan penangguhan aliran trafik udara dan maritim, lapor media tempatan pada Khamis.

“Di antara 190 yang cedera ialah tujuh pemandu kenderaan dan penunggang skuter di Daerah Chiayi yang terbabit dalam kemalangan dengan pokok tumbang akibat angin kencang,“ lapor Agensi Anadolu memetik Taiwan Focus yang merujuk pusat operasi kecemasan Chiayi sebagai berkata.

Lebih 62,300 rumah dan premis perniagaan masih terputus bekalan elektrik dan kira-kira 42 penerbangan antarabangsa dan 182 penerbangan domestik telah dibatalkan atau ditangguhkan.

Banyak papan tanda turut dirakam bertaburan di sepanjang jalan dan lorong di destinasi pelancongan popular Kenting, menurut laporan Fact Focus.

Sementara itu, pihak berkuasa China juga mengumumkan penutupan sekolah di Guangdong, wilayah tepi pantai di tenggara China, kerana taufan itu dijangka melanda bandar Shantou pada Jumaat, lapor Global Times yang dikendalikan kerajaan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved