Maxis TV Dilancarkan – Menawarkan Pas Tontonan Perkhidmatan Penstriman Video

TechnologyDigital
6 Nov 2019 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis hari ini telah melancarkan perkhidmatan setempat untuk pelan dan pas perkhidmatan penstriman video, dinamakan sebagai Maxis TV.

image is not available


Melalui Maxis TV, mereka menawarkan akses langganan pas kepada perkhidmatan penstriman video iFlix, Viu, Mubi, YupTV dan perkhidmatan penstriman lain. Melalui penawaran Maxis TV, mereka menawarkan pas akses sehari pada harga RM3 yang hadir dengan data percuma 3GB, pas 7 hari pada harga RM7 yang hadir dengan data 5GB, dan juga pas 30 hari pada harga RM15 yang hadir dengan data 10GB. Langganan setiap pas ini adalah khusus untuk sesuatu perkhidmatan penstriman video berkaitan – dan pembayaran dilakukan daripada bil Maxis atau kredit Hotlink.

Maxis TV menyasarkan menjadi hab setempat dalam pengguna Maxis dan Hotlink menemui rancangan yang ingin ditonton mereka – sekaligus memudahkan membuat langganan dan sebagainya. Bagi anda yang menggunakan Maxis atau Hotlink, boleh mencuba Maxis TV ini hari ini.

Layari : Maxis TV

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved