Redmi hari ini melancarkan alat kawalan permainan fizikal khusus untuk Redmi K20 dan K20 Pro. Menerusi aksesori ini, permua dapat dimainkan dengan lebih mudah kerana skrin tidak lagi dihalang oleh jari. Ia sebenarnya adalah alat kawalan fizikal yang ditawarkan oleh Black Shark sebelum ini.

Memandangkan ia boleh digunakan pada K20 Pro, ia turut boleh digunakan pada Xiaomi Mi 9T kerana kedua-dua peranti mempunyai rekaan serta spesifikasi yang sama.
