Wear OS Akan Lebih Pantas Jika Kecerahan Automatik Dimatikan

Digital
11 Jul 2019 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wear OS adalah sistem operasi untuk jam tangan pintar dari Google. Ia menggantikan Android Wear dan sudah digunakan pada banyak jam tangan pintar. Tetapi prestasi Wear OS adalah kurang memuaskan, kerana banyak jam tangan pintar di luar sana masih dijana dengan Snapdragon 2100.

image is not available

Terkini, terdapat jalan penyelesaian di Reddit TicWatch – yang mana boleh menjadikan prestasi Wear OS lebih pantas dari biasa. Pengguna hanya perlu mematikan fungsi kecerahan automatik dan jam tangan pintar anda akan terus menjadi pantas. Agak pelik bagaimana dengan mematikan fungsi ini, prestasi Wear OS menjadi pantas, pihak Google juga masih tiada jawapan dan perkara ini masih sedang disiasat.

Sayang sekali, tidak semua jam tangan pintar Wear OS mempunyai fungsi kecerahan automatik. Hanya jam tangan pintar yang mempunyai sensor ambient light sahaja yang menyokongnya. Jika anda pengguna Wear OS, cuba anda matikan fungsi ini dan lihat bagaimana prestasinya. Jika benar, ini adalah kebaikan buat semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved