1Fit Malaysia Henti Operasi Serta Merta, Pengguna Luah Rasa Kesal – “Memang Fishy Sangat, Macam Tu Je Lesap RM2.5K Saya!”

LocalBusiness & Finance
14 Jun 2025 • 8:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, aplikasi 1Fit menggemparkan pengguna mereka dengan pengumuman penutupan operasi di Malaysia!

Menerusi hantaran di media sosial, 1Fit mengumumkan bahawa mereka terpaksa menutup perniagaan di Malaysia akibat masalah kewangan yang teruk.

CEO 1Fit tampil buat pengumuman rasmi

Mereka juga telah memberhentikan operasi dan menyelesaikan semua komitmen kewangan mereka, ini bermakna, tiada lagi tempahan baru atau pembelian yang boleh dibuat, serta keahlian yang ada pun tidak dapat digunakan lagi.

Dalam video yang turut dimuat naik, CEO 1Fit, Murat Alikhanov, dia berkata walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan, akhirnya mereka terpaksa menghentikan operasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1Fit Malaysia (@1fit.malaysia)

image is not available

image is not available

Alikhanov juga menambah, pengguna yang terkesan boleh memohon untuk mendapatkan bayaran balik melalui pautan yang disediakan dalam bio mereka.

Pengguna luah rasa kesal, baru bayar RM2.5k!

Seorang pengguna bernama Maine meluahkan rasa terkejut mengenai berita ini susulan dirinya baru saja menggunakan 1Fit beberapa bulan yang lalu, di mana dia diperkenalkan kepada aplikasi ini oleh seorang rakan rapat.

Namun, selepas membayar RM2,500 untuk keahlian selama 15 bulan, Maine hanya sempat menikmati 2.5 bulan sahaja sebelum pengumuman penutupan dibuat.

Memang kecewa sangat. Baru je mula, dah kena tutup. RM2,500 lesap macam tu je.

Lebih parah lagi, rakan Maine yang telah menggunakan 1Fit selama hampir setahun juga terpaksa menanggung kerugian yang sama.

‘Bulan lepas buat promosi.. nak scam orang ke’

Reaksi netizen mengenai penutupan aplikasi ini tidak kurang dasyatnya apabila ada yang mendedahkan bulan lalu baru saja menerima mesej daripada 1Fit mengenai promosi terkini.

image is not available

image is not available

Susulan hal ini berlaku, ada beberapa perniagaan fitness yang menawarkan sokongan buat pengguna yang terkesan, di mana mereka mahu memberi kelas percuma dan ada juga yang memberikan diskaun untuk mengurangkan beban buat mereka yang terjejas.

image is not available 2 days ago

Baru 'Kehilangan' Suami Januari Lalu, 'Posting' Terakhir Guru Dit*kam Anak Di Facebook Undang Sebak - "Adik-Beradik Takkan Ada Ganti"