Honor Mendaftar Tanda Dagang Siri Honor X Seterusnya – 10X, 20X, 30X, 40X, 50X

Digital
15 Jul 2019 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor pada saat ini dalam persediaan untuk melancarkan Honor 9X yang dijangka akan diperkenalkan pada 23 Julai ini. Walaupun peranti ini masih belum dilancarkan, Honor telah sedia hadir dengan penjenamaan model siri X seterusnya.

Perkara ini dilihat melalui sebuah halaman pengurusan harta intelek, yang memperlihatkan sejumlah penjenamaan model siri X ini. Antara nama yang difailkan ialah Honor 10X, 20X, 30X, 40, dan 50X. Bermakna, model Honor X akan datang akan menggunakan penjenamaan berasaskan gandaan 10.

image is not available

Penjenamaan ini sebenarnya mengikuti langkah yang diperkenalkan oleh Huawei menerusi siri Huawei P dan Huawei Mate. Contohnya di dalam siri Huawei P, Huawei telah melancarkan beberapa peranti sebelum ini seperti siri Huawei P8, P9, P10, P20, dan P30.

Dengan penjenamaan ini, pengguna dapat mengingati siri ini dengan lebih mudah, seperti yang turut dilihat pada siri Honor 10 dan Honor 20. Honor dijangka akan melancarkan siri Honor 10X pada pertengahan 2020, dan mungkin akan menggunakan penjenamaan Honor 20X pada tahun-tahun yang berikutnya.