1MDB-Goldman Sachs: AGC failkan balasan kepada LCIA

PoliticsBusiness & Finance
9 Nov 2023 • 8:23 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) semalam berhubung permohonan untuk timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs Group, Inc (Goldman Sachs).

AGC menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya juga telah mengemukakan sesalinan balasan tersebut kepada pihak Goldman Sachs.

Menurutnya, berdasarkan Artikel 2.1 Peraturan LCIA, Kerajaan Malaysia hendaklah memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh Permohonan Untuk Timbang Tara tersebut difailkan.

“Pada 11 Oktober 2023, Goldman Sachs menamakan Kerajaan Malaysia sebagai Responden dalam satu Permohonan Untuk Timbang Tara yang difailkan di LCIA.

“Permohonan Untuk Timbang Tara itu adalah bagi mendapatkan relif-relif tertentu yang dikatakan berbangkit daripada pelaksanaan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 18 Ogos 2020 yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad dan Goldman Sachs,” katanya.

AGC turut memaklumkan komited dalam memastikan kepentingan kerajaan sentiasa dilindungi dan kekal terpelihara sepanjang prosiding berkaitan permohonan untuk timbang tara yang difailkan Goldman Sachs itu. - 9 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved