
1MDB: Lukisan Pablo Picasso, Jam Tangan Mewah, Kondo Mewah Antara Dirampas Daripada Bekas Peguam – Ayob Khan
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Dua lukisan pelukis terkenal Pablo Picasso, seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille, serta kondominium mewah di London, Amerika Syarikat dan Switzerland, antara aset yang dirampas daripada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata aset-aset dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM93.2 juta itu, dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.
Beliau berkata siasatan terhadap Loo mendapati, beliau ditawarkan jawatan dalam syarikat berkenaan pada 2011 dan menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan.
“Selain itu, siasatan juga mendapati Loo merupakan pemilik syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island, yang mempunyai akaun bersama Jho Low di Falcon Private Bank,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA
The post 1MDB: Lukisan Pablo Picasso, Jam Tangan Mewah, Kondo Mewah Antara Dirampas Daripada Bekas Peguam – Ayob Khan appeared first on Siakap Keli.
