1MDB: Pendengaran rayuan Najib gugurkan hakim pada 20 Ogos

Politics
16 Apr 2024 • 3:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Najib Tun Razak (kiri). Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 20 Ogos ini untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan, Nurul Azrina Mohamed Yusof.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam mengesahkan perkara itu kepada Bernama ketika dihubungi.

Najib membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Ogos lepas yang mengetepikan permohonan beliau untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes perbicaraannya, selepas hakim itu mendedahkan bahawa dia dan peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan pernah berkhidmat di sebuah firma undang-undang bersama.

Dalam mengetepikan permohonan Najib, Hakim Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan berkata sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada Disember 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi.

Najib, 70, berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan bersambung 22 April. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved