Google Pixel Buds mula diperkenalkan bersama-sama dengan Pixel 3. Ia adalah set fon telinga nirwayar pintar dengan kemampuan Google Assistant yang lebih pintar dan berfungsi sebagai penterjemah pintar. Hari ini, Google melancarkan generasi baharu Pixel Buds, ia adalah jenis nirwayar sebenar atau TWS.


Pixel Buds baharu ini adalah lebih pintar daripada biasa dan dibina dengan banyak teknologi, cip dan sensor. Ia juga berfungsi sejauh 3 bilik tidur atau satu padang bola, tanpa masalah. Dengan teknologi Dynamic Audio pula, aras suara akan berubah secara automatik mengikut situasi sekeliling pengguna. Pixel Buds baharu juga mempunyai sistem audio baharu yang lebih sedap, baik dan hebat dari model lama. Ia turut berada dalam kategori peranti berhubung, kerana sentiasa berhubung dengan produk-produk peranti pintar. Bateri pula bertahan selama 5 jam dan dengan pod pengecasan, ia akan bertahan selama 24 jam.
Pixel Buds generasi akan dilancarkan dan dijual pada tahun 2020 dengan harga $179, iaitu sekitar RM749.
