Semalam Vivo S1 Pro telah dilancarkan di Filipina. Ia sebenarnya hanya sekadar sebuah Vivo S5 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Selepas Filipina. S1 Pro juga akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Disember ini.,

Kamera hadapan sebesar 32-Megapixel yang diletakkan dalam lubang skrin. Kamera belakang pula ialah 48-Megapixel pada lensa utama, 8-Megapixel lensa ultra lebar, 5-Megapixel mengesan kedalaman dan 2-Megapixel lensa makro. Bateri yang disertakan pula berkapasiti 4100 mAh hadir dengan pengecasan pantas 22.5W.
Pengimbas cap jari optikal diletakkan pada bahagian bawah skrin. Menurut Vivo kamera utama peranti mempunyai kecerdasan buatan yang boleh memberikan 144 saranan kepada pengguna untuk mengambil gambar yang lebih baik.

