Polis beri amaran jangan sertai perhimpunan di depan Sogo!

LocalPolitics
1 Mar 2020 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara petang ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kawasan yang dirancang iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan tempat yang diwartakan untuk perhimpunan.

"Polis juga tidak menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan itu.

"Jika perhimpunan diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta boleh menyebabkan kekacauan kepada ketenteraman awam," katanya melalui WhatsApp di sini hari ini.

Media melaporkan, terdapat kumpulan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia akan mengadakan perhimpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved