Ura-ura Apple akan melancarkan kaca mata pintar mula kedengaran pada tahun 2017 selepas mereka mengambil alih SensoMotoric Instruments dan kemudiannya Akonia Holographics. Ini dilihat sebagai usaha Apple untuk tidak ketinggalan di belakang Google dan Microsoft yang telahpun melancarkan kaca mata pintar mereka. Penganalisa meramalkan kaca mata Apple akan dilancarkan seawal 2020. Tetapi menurut laporan DigiTimes, Apple telahpun menggantung pembangunan kaca mata realiti-terimbuh mereka sejak May lalu.

Pada bulan Januari lalau ketua pembangunan realiti-terimbuh Apple Avi Bar-Zeev meninggalkan syarikat. Beliau sebelum ini berkhidmat di Microsoft dan adalah antara pereka HoloLens. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan projek ini. Tim Cook pada tahun 2016 mengatakan arena realiti-terimbuh boleh menjadi salah satu platform yang lebih besar selepas melihat kejayaan Pokemon Go.
Tahun ini Vivo telah memperlihatkan kaca mata realiti-terimbuh mereka di MWC Shanghai. Ia masih terlalu besar, berat dan panas untuk digunakan. Huawei juga melancarkan kaca mata pintar mereka Februari lalu yang sehingga kini masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Sumber Digitimes menerusi VentureBeat


