Sudah tiga hari Wuhan bebas kes baharu Covid-19

21 Mar 2020 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WUHAN - Tiada kes baharu dilaporkan di Wuhan untuk tiga hari berturut-turut, selepas bandar terletak di wilayah Hubei, China itu bertarung selama sebulan untuk memerangi wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Suruhanjaya kesihatan Wilayah Hubei mengatakan jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Wuhan dan Hubei kekal masing-masing pada 50,005 dan 67,800 semalam.

Hubei menyaksikan tujuh kematian baharu, enam daripadanya di Wuhan.

Wilayah itu menyaksikan 561 pesakit sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenar keluar hospital seramai 58,942 orang.

Antara 5,423 pesakit yang masih dirawat, 406 dalam keadaan kritikal. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved