Facebook Dijangka Memperkenalkan Tab Khusus Untuk Berita Pada Penghujung Minggu Ini

TechnologyDigital
24 Oct 2019 • 4:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook telah sedia berkongsi perancangan mereka sebelum ini, mengatakan bakal hadir dengan tab khusus yang didedikasikan untuk perkongsian berita-berita terkini daripada sejumlah penerbit seluruh dunia. Lanjutan daripadanya, kini Washington Post melaporkan ia bakal dilancarkan pada penghujung minggu ini.

Facebook dijangka memperkenalkan tab baru ini di Amerika Syarikat terlebih dahulu – sekaligus memudahkan lagi pengguna menemui berita-berita terkini, selain pada masa yang sama tidak menganggu paparan perkongsian daripada rakan dan ahli keluarga pada News Feed utama.

Facebook dikatakan telah mempunyai sejumlah penerbit untuk pelancaran tab baru ini, termasuk antaranya The Washington Post, Bloomberg dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan turut membuatkan Facebook bersaing dengan penyedia perkhidmatan lain yang turut beroperasi sebagai hab untuk berita – termasuk Google News dan juga Apple News.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved