
2,000 Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Disantuni Sempena Hari Istimewa Sains 2024 Anjuran Pusat Sains
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2024 – “Dimensi Dunia Istimewa” mewarnai Hari Istimewa Sains (Special Science Day, SSD) 2024, anjuran Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Menambah seri penganjuran SSD kali ini adalah penampilan khas oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail.
Bertemakan “Dimensi Dunia Istimewa”, seramai 2,000 OKU menyertai program khidmat sosial tahunan PSN bertujuan untuk menggalakkan di samping meraikan penglibatan OKU dalam aktiviti pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Penganjuran SSD akan membawakan konsep bermain sambil belajar melalui lima (5)
deria utama iaitu penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran.
Pada tahun 2023, SSD telah berjaya melibatkan seramai lebih 1,500 penyertaan daripada sekolah dan persatuan OKU seluruh negara. Tahun ini, SSD diadakan pada 25 hingga 26 Jun 2024, bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di PSN Kuala Lumpur. PSN menawarkan kemasukan umum percuma kepada semua OKU, ibu
bapa, penjaga dan pengiring termasuk kemasukan ke galeri bertema Obskura XR dan Green Guardian Centre sepanjang dua (2) hari program berlangsung.
Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya demonstrasi sains, persembahan anakanak OKU, bengkel permainan sensori, aktiviti kreatif hands-on serta pameran dari agensi dan organisasi berkaitan OKU. Ianya direka khas agar bersesuaian dengan keupayaan peserta seperti aktiviti melibatkan kemahiran sensori dan kognitif.

Kemuncak kepada program ini adalah penyerahan kit STEM Pendidikan Khas kepada jemputan pelajar sekolah dan organisasi yang hadir. Melalui serahan kit ini, ia sebagai simbolik penghargaan dan tanda kasih PSN kepada semua OKU yang hadir dan sama-sama membudayakan STI. Selain daripada itu, ia juga menandakan pendirian dan sokongan MOSTI terhadap hak serta peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk OKU untuk menerima pendidikan sepanjang hayat dalam bidang STI.

Penganjuran aktiviti sepanjang SSD 2024 melibatkan kolaborasi PSN bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan antaranya Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) KPM, PERMATA Kurnia, Bahagian PERMATA, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Turut hadir adalah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan isteri, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan isteri, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Encik Mohammad Fuad Bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara.
The post 2,000 Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Disantuni Sempena Hari Istimewa Sains 2024 Anjuran Pusat Sains appeared first on Siakap Keli.


