2,100 liter diesel dirampas, dua lelaki ditahan di Sandakan

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

2,100 liter diesel dirampas, dua lelaki ditahan di Sandakan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi di Pantai Timur Sabah.

Komandernya, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, bertindak atas maklumat, satu serbuan dibuat pada jam 2.45 petang ke atas sebuah stor penyimpanan minyak diesel di Kampung Batu 11, Jalan Seguntor, di sini, baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dari sebuah lori ke tangki skid yang dipercayai untuk tujuan penyelewengan. Dalam operasi tersebut, dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

Sebuah lori 10 tan turut dirampas bersama beberapa peralatan yang digunakan dalam aktiviti pemindahan minyak.

Kira-kira 2,100 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM12,537 berdasarkan harga pasaran semasa turut disita.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.