2,500 peluang kerja ditawarkan sempena Eksplorasi Kerjaya MITI Day di Pulau Pinang pada 30 Julai 2023

Business & Finance
28 Jul 2023 • 11:18 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

2,500 peluang kerja ditawarkan sempena Eksplorasi Kerjaya MITI Day di Pulau Pinang pada 30 Julai 2023

zulfadli

28/07/2023 - 11:18

KUALA LUMPUR 28 Julai - Hampir 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan kepada belia dan pencari kerja sempena penganjuran MITI Day 2023 yang berlangsung di Midtown Perda, Kubang Menerong, Pulau Pinang pada 30 Julai ini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, selaras dengan teras Ekonomi MADANI baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023, MITI Day 2023 yang bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi menyasarkan seramai 7,000 pengunjung dari sekitar Kawasan Tasek Gelugor.

"Bagi pencari kerja, Eksplorasi Kerjaya MITI Day di Pulau Pinang ini akan disertai sebanyak 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih seperti Kenderaan Elektrik, Elektrikaldan Elektronik, Automotif, Makanan & Minuman, Peralatan Perubatan dan lain-lain.

"Selain peluang pekerjaan, pelbagai syarikat juga menawarkan program latihan industri dan ceramah kerjaya," katanya dalam kenyataan media di sini.

Kementerian berkata, MITI Day yang dianjurkan sejak 2016 bertujuan mendekatkan rakyat kepada MITI, dan juga bagi meningkatkan perhatian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan terhadap peluang perniagaan melalui sektor-sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan di Malaysia.

Selain itu, komuniti perniagaan atau bakal usahawan boleh mendapat pelbagai maklumat dan manfaat daripada ceramah mengenai keusahawanan, pembiayaan perniagaan, dan fasilitasi eksport bagi meneroka pasaran ke peringkat antarabangsa seperti “Terokai Pasaran Antarabangsa Bersama MATRADE”, Financing for SME, Mid-Tier & Large Businesses, SIRIM Innovation Talk, Productivity Step Up, Go Export Financing Programme, Inisiatif Academy in Industry dan“Peluang Dalam Industri Halal”.

MITI Day di Pulau Pinang akan dirasmikan oleh Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 30 Julai 2023.

image is not available
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Majllis perasmian pada tahun ini juga menyaksikan penyerahan Sijil Rakan Strategik Academy in Industry (AiI) & Sijil Productivity Champion, pelancaran Majlis Pelancaran Industry Led Profesionnal Certificate Programme (IPC) dan sijil penyertaan kepada Syarikat Pempamer Eksplorasi Kerjaya MIDA.

MITI Day 2023 disokong rakan-rakan strategik MITI iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan termasuk gerai-gerai usahawan PKS, selebriti tempatan, senamrobik/ zumba. food truck, dan Productivity Fun Run.

MITI Day 2023 juga bakal diadakan di Selangor (5 Ogos) dan Negeri Sembilan (akan diumumkan). - DagangNews.com