2.6 juta individu guna sistem parkir digital, mudahkan urusan, kurang guna kertas

8 Jun 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 2.6 juta pengguna direkod menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) setakat ini sejak diperkenal pada Julai 2018, kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han berkata sistem bayaran parkir digital itu antara inisiatif Kerajaan Negeri mendigitalkan urusan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan pengguna membayar parkir dan saman.

“Boleh dikatakan (SSP) satu projek paling berjaya sehingga hari ini kerana komen yang kita terima hampir 100 peratus kata ‘good’ (bagus). Semua orang puas hati dengan SSPA.

“Setakat ini, kita merekodkan sebanyak 2.6 juta muat turut bermakna ada 2.6 juta pengguna SSP yang juga merupakan aplikasi parkir nombor satu atau paling besar di Malaysia,” katanya dalam temubual Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM yang dikongsi di Facebook.

image is not available
Tangkap layar sedutan temuramah EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han mengenai Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor menerusi program Selamat Pagi Malaysia yang dikongsi di Facebook pada 6 Jun 2023

Sze Han berkata menerusi aplikasi itu pengguna tidak perlu membeli kupon berbeza untuk setiap PBT kerana semua PBT di Selangor menggunakan satu aplikasi yang sama.

Jelasnya, langkah itu bukan sahaja memudahkan urusan harian pengguna namun secara tidak langsung ia mengurangkan penggunaan kertas menerusi penggunaan kupon bergores.

Dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), semua pembayaran menggunakan e-kupon menerusi SSP lebih mudah, cepat dan selamat.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan bayaran dibuat berdasarkan tempoh meletak kenderaan.

View Original Article