2,785 gagak ditembak, MBSJ beri ganjaran lebih RM16,000

30 Sep 2024 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Peserta mengumpulkan bangkai gagak ketika Operasi Menembak Gagak MBSJ 2024.

image is not available
Peserta menembak gagak di sekitar kawasan pentadbiran MBSJ.

SUBANG JAYA - Sebanyak 2,785 burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak (OMG) MBSJ 2024 melibatkan 24 Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, operasi berkenaan membabitkan 25 peserta bermula jam 8 pagi hingga 7 petang pada Sabtu.

"Setiap gagak ditembak akan dibayar RM6 dan menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran sebanyak RM16,710 dan dibayar secara tunai.

**media[2828174]**

"Ganjaran ini sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka mengawal populasi gagak," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Penuh MBSJ Bil 9/2024 di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berharap program dianjurkan dapat mengurangkan populasi gagak yang menimbulkan kacau ganggu, sekali gus meningkatkan kebersihan bandar raya.

"MBSJ juga menyeru orang ramai menjaga kebersihan terutama dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah bagi mengelakkan populasi burung ini kembali bertambah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved