2 anggota polis parah tertimbus ketika musnahkan bom

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua anggota polis dipercayai parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah Taman Sri Lambak di Kluang Johor.

KLUANG - Dua anggota polis parah akibat tertimbus tanah semasa menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di sini pada Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Dua anggota dari Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.

Sementara, Muhammad Faruuqi pula mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai kehadiran ambulan ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.

@sinarharianonline

2 anggota polis parah tertimbus ketika musnahkan bom #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Polis #Cedera #Bom #ICU #Kluang

News - ComaStudio

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved