2 Anggota TDM Maut Di Kem Hobart Ketika Sertai Latihan Baling Grenad

16 Jun 2026 • 5:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: 2 Anggota TDM Maut Di Kem Hobart Ketika Sertai Latihan Baling Grenad

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip maut dalam latihan membaling grenad atau bom tangan di Kem Hobart di Gurun, Kedah sekitar jam 10.57 pagi tadi.

Dua anggota yang terkorban dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia itu ialah:

  1. Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Diraja Malaysia (RAMD)
  2. Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

Dua Anggota TDM Disahkan Meninggal Dunia Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kedua-dua anggota itu mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berlangsung dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Menurut TDM, jenazah akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat.

PTD Arah Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kejadian

Susulan insiden ini, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Tentera Darat Malaysia memberi jaminan bahawa segala aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.”

Polis Buka Kertas Siasatan Di Bawah Kematian Mengejut

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis akan membuka satu kertas siasatan di bawah kematian mengejut (SDR) selain mendapatkan kerjasama dari semua pihak termasuklah saksi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Mangsa Alami Kecederaan Di Bahagian Atas Pinggang

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian atas pinggang.

“Kita menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.30 tengah hari dan berkemungkinan kejadian itu berlaku lebih awal berlaku.

“Kalau lihat siasatan awal kita, kecederaan yang dialami kedua mangsa adalah dari bahagian pinggang ke atas.

“Setakat ini, kita belum dapat butiran jumlah anggota dan pegawai yang ada ketika latihan itu dan kita akan dapatkan butiran lanjut berhubung kejadian itu, ” katanya.

PTD Zahir Titip Takziah Buat Keluarga Mangsa

Sementara itu, PTD, Azhan Md Othman turut menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan dua warganya dan menyampaikan ucapan takziah buat kedua-dua keluarga mangsa selain mendoakan mereka bertabah dengan dugaan atas kehilangan orang tersayang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved