2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

16 Jun 2026 • 3:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden letupan semasa latihan ketenteraan di Lapang Sasar Kem Hobart di Gurun, Kedah hari ini, yang mengorbankan dua anggota tentera.

Insiden tersebut dipercayai melibatkan masing-masing seorang anggota lelaki dan wanita yang mengalami kecederaan serius.

Kedua-dua mangsa dilaporkan  meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan punca letupan mahupun bentuk latihan yang sedang dijalankan ketika insiden berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kejadian serta tindakan susulan yang akan diambil. - Getaran, 16 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved