2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran

22 Oct 2024 • 11:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua blok terbakar, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan

2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran. Dua blok di SMK Lawas telah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah menjelaskan bahawa pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.36 malam. Mereka segera menghantar sebuah jentera pemadam dan sebuah jentera tangki air bersama 17 orang anggota ke tempat kejadian.

image is not available
Sumber foto: Astro Awani. 2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran

“Setelah tiba tiga minit kemudian, pasukan kami mendapati kebakaran tersebut melibatkan dua buah blok bangunan sekolah yang dibina secara tidak kekal. Blok-blok yang terlibat ialah blok pentadbiran dan blok pusat sumber,” ujar beliau menurut laporan media tempatan.

Hendery memberitahu bahawa pasukan bomba telah menggunakan dua aliran air dan empat muncung untuk memadamkan api tersebut. Air yang digunakan diperolehi daripada jentera tangki air.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan bomba menghadapi kesulitan semasa operasi pemadaman disebabkan oleh masalah bekalan air di kawasan tersebut.

“Operasi pemadaman selesai kira-kira pukul 4.35 pagi selepas semua punca kebakaran berjaya dipadamkan,” tambah beliau.

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Baca juga artikel yang berkaitan: