2 Bulan Bercinta, Agensi Umum Jisoo BP & Ahn Bohyun Sudah Berpisah

24 Oct 2023 • 2:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pada Ogos lalu, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita mengenai hubungan antara Ji-soo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun.

Bagaimanapun pada 24 Oktober, media melaporkan bahawa Ji-soo dan Ahn Bo-hyun telah berpisah kerana jadual mereka yang padat dan akhirnya memutuskan untuk kembali menjadi rakan sekerja.

Sebagai respon, YG Entertainment mengesahkannya,

Memang benar bahawa kedua mereka telah berpisah.

image is not available

Untuk pengetahuan, pada 3 Ogos lalu, agensi mengumumkan bahawa Ji-soo dan Ahn Bo-hyun sedang mula mengenali antara satu sama lain dengan perasaan yang baik. Namun, jodoh antara mereka nampaknya tidak panjang.

Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.