2 Dekad Bercinta, Michelle Yeoh Kahwini Ex-CEO Ferrari

28 Jul 2023 • 1:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas hampir dua dekad menjalin hubungan percintaan, akhirnya pelakon popular Michelle Yeoh sah menjadi isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.

Difahamkan, pasangan merpati dua sejoli itu selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Geneva, Switzerland, semalam.

image is not available

Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin.

Sekadar info, Michelle mula berkenalan dengan Jean pada tahun 2004 di Shanghai, China dan sudah bertunang pada tahun yang sama.

image is not available

Pada Mac lalu, pelakon yang berusia 60 tahun itu sebelum ini telah menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95.

 

image is not available

Sumber: mStar