2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri – Tengku Zafrul

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 11:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa 2 Disember 2025 akan menjadi hari terakhir beliau berkhidmat sebagai menteri, lapor Astro AWANI.

Beliau terpaksa melepaskan jawatannya itu kerana menamatkan tempoh sebagai Senator selama dua penggal.

“My last day is 2nd of December” kata dalam satu ucapan ringkas semalam.

Tambahnya, keputusan seterusnya diserahkan kepada Perdana Menteri untuk melantik menteri MITI seterusnya.

https://x.com/501Awani/status/1988801981255709115

Selain Tengku Zafrul, tiga lagi menteri yang dijangka menamatkan tempoh sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar.

Sumber: Astro AWANI

The post 2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri – Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.