2 Gol Bruno Fernandes Bawa Portugal Ke Pusingan Seterusnya

Football
29 Nov 2022 • 1:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bruno Fernandes - Gambar Twitter FIFA World Cup

DOHA - Bruno Fernandes menjaringkan dua gol sekali gus melayakkan Portugal menempah tempat ke kelompok 16 terbaik kejohanan Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di Stadium Lusail.

Gol pembukaan berlaku pada minit ke-54 apabila pemain tengah itu cuba membuat hantaran silang kepada Cristiano Ronaldo, meskipun penyerang itu gagal mendapat sentuhan, beliau berjaya mengatasi penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet, lapor Xinhua.

Uruguay mengasak untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan lencong Maxi Gomez terkena tiang, manakala Fernandes dihadiahkan peluang sepakan penalti pada minit terakhir selepas video bantu pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena tangan pemain pertahanan Uruguay Jose Maria Gimenez.

Pemain tengah itu hampir menyempurnakan jaringan, tetapi cubaannya untuk menjaringkan hatrik gagal apabila rembatannya terkena tiang.

Uruguay perlu menewaskan Ghana dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk berpeluang mara ke kelompok 16 terakhir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved