Tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri, salah satu fitrah yang pastinya perlu dilalui oleh mereka yang menyambut perayaan tersebut ialah menghadapi kesesakan jalan raya di sepanjang lebuhraya-lebuhraya Malaysia.
PLUS, pengelola lebuhraya tempatan pada tahun ini telah menganggarkan bahawa sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya-lebuhraya sehari sepanjang perayaan Aidilfitri ini. Hari-hari yang dilihat akan hadir dengan jumlah kenderaan yang terbanyak termasuklah 20-21 April, 24-25 April, 29 April-1 Mei dan 4-7 Mei 2023 ini.
Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS mengatakan bahawa jumlah kenderaan di lebuhraya pada waktu ini adalah peningkatan 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa.

“Bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan
dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih
selamat dan selesa di lebuh raya kami.”
“Strategi-strategi tersebut merangkumi aspekkeselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” tambah beliau.
Orang ramai juga dinasihati untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini supaya mereka tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dan mudah ke kampung halaman mereka dengan selamat.


