2 Juta Saman Tertunggak, Boleh Dapat Diskaun Kompaun RM150 Tapi Sampai 30 Jun

LocalSales & Promo
4 Apr 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pihaknya sudah menerima bayaran tunggakan saman sebanyak RM35 juta sejak tawaran

Tawaran kompaun khas itu membabitkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata hampir dua juta lagi saman masih belum dilangsaikan dan pihaknya menggesa orang ramai segera menyelesaikan tunggakan bayaran ketiga-tiga saman itu sebelum 30 Jun ini.

image is not available

"Sehingga kelmarin, sebanyak RM35 juta sudah berjaya dikutip hasil bayaran untuk tiga jenis saman sempena tawaran kompaun khas bermula Januari lalu.

"Kita harap orang ramai mengambil peluang ini untuk segera menjelaskan tunggakan saman mereka pada kadar RM150 saja kerana tawaran istimewa ini berakhir pada 30 Jun,” katanya.

Bagaimanapun, selepas 30 Jun, kadar bayaran kembali seperti biasa iaitu RM300 dan sebaik tamat tempoh tawaran itu, pesalah boleh dikenakan tindakan.

Jika anda gagal melunaskan saman tertunggak, pesalah tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan selagi tunggakan saman tidak diselesaikan.

"Jadi kita harap, mereka ambil peluang dua bulan yang masih berbaki ini untuk segera langsaikan tunggakan saman tiga kesalahan itu bagi mengelak kesukaran lain yang bakal dialami nanti," katanya.