Satu gambar tular memaparkan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah terlantar di sebuah hospital. Warga asing berkenaan dikatakan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.
Minggu lepas wargaasing PATI ni dah warded pastu masa discaj bergaduh sebab taknak bayar bil sbb takde duit. Sabtu lepas admited lagi buat procedure. Sapa yang kena bayar? Cukai Rakyat Malaysia la yang cover cost dia.
FYI, ahli keluarga pakai phone canggih dan apple watch. pic.twitter.com/z22SpW8BEh
Bagaimanapun, warga asing ini didakwa tidak mahu membayar bil hospital sehinggakan tercetus pergaduhan walaupun ada yang mengatakan keluarga pesakit berkenaan dilihat seperti orang yang berkemampuan.
Keengganan warga asing itu membayar bil hospital menyebabkan netizen tertanya-tanya bagaimana kos perubatan tersebut ditanggung.
Difahamkan, segala kos tersebut ditanggung oleh cukai rakyat Malaysia.
Situasi ini mengundang kemarahan netizen dan meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan isu ini.
Dalam masa sama, netizen memberikan cadangan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan warga asing untuk mengambil insurans perubatan.
Dahlah 2 kali, taknak bayar meanwhile rakyat Malaysia terpaksa ambil takaful insurans sebab nak fast services. Wajibkan warga asing ambil insurans la https://t.co/g3MUcV7oK1
Dalam satu perkongsian lain juga, seorang pegawai perubatan juga menjelaskan pendatang asing tanpa izin yang mendapatkan rawatan di hospital merupakan beban kesihatan kepada negara.
Selagi tak selesaikan punca, selagi tu tak selesai masalah. #dralphazaki #LearnOnTikTok
Sumber: Malaysia Most Viral
The post ‘2 kali masuk wad, masa discaj gaduh tak nak bayar’ – Warga asing enggan bayar bil hospital, netizen gesa kerajaan wajibkan insurans appeared first on The Reporter.

