2 Kanak-Kanak Rohingya Ditemukan Lemas Dalam Lombong

12 Mar 2023 • 6:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota bomba mengusung mayat salah seorang daripada dua kanak-kanak Rohingya yang lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Kampung Permatang Kedondong, Tikam Batu dekat Sungai Petani, semalam. - Gambar dari media sosial

ALOR SETAR - Dua kanak-kanak lelaki dari etnik Rohingya yang hilang selepas dikatakan terjatuh ke dalam lombong di Kampung Permatang Kedondong, Tikam Batu dekat Sungai Petani, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Mamod Shukur Belal Hussain, 4, ditemukan sekitar 400 meter dari kawasan tebing lombong itu kira-kira pukul 8.05 pagi manakala Md Nasim Hairul Husson, 6, ditemukan kira-kira 15 meter dari tempat dia dipercayai jatuh pada pukul 2.54 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di kawasan lombong itu pada pukul 9.43 malam, semalam.

Difahamkan kedua-dua kanak-kanak itu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved