2 maut akibat tercampak ke dalam longkang dalam nahas 3 kereta

22 Dec 2023 • 8:26 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Dua orang maut selepas tercampak ke dalam longkang dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di PSN Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, kemalangan pada jam 6.23 pagi itu melibatkan tujuh orang dengan lima daripada mereka mengalami kecederaan.

"Tiga kenderaan yang terlibat ialah sebuah kereta Perodua Bezza, sebuah kereta Honda City dan sebuah MPV Toyota Camry.

"Dua mangsa telah tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya di sini hari ini.

JBPM berkata, operasi menyelamat itu telah diketuai oleh Komander Operasi, Rafizi Taib bersama anggota dari Balai Bomba Polis Sungai Pinang.

Mayat dua mangsa kemalangan itu, katanya telah diserahkan kepada polis. – 22 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved