2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

LocalPolitics
20 Aug 2024 • 8:17 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

ALOR SETAR - Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang dengan terdapat kesan kecederaan teruk pada salah seorang mangsa.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan Unit Forensik lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9), sedang melakukan siasatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan mayat itu dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. - BERNAMA