2 minit 1 resepi jadi pilihan ramai, Che Sayang Kitchen dinobat sebagai Creator Of The Year

EntertainmentFood
12 Aug 2024 • 9:13 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan masakan, Che Sayang Kitchen diumumkan sebagai Creator Of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2024 pada malam tadi.

Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan resepi 2 minit 1 resepi menewaskan lima pencabar hebat iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.

Dalam satu temu bual yang dijalankan bersama stesen radio beberapa hari lalu, nama Che Sayang diambil inspirasi dari Tuanku Azizah Maimunah yang menggunakan nama Che Minah Sayang.

Menerusi anugerah yang diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu, Che Sayang Kitchen membawa pulang trofi dan sebuah telefon bimbit.

Bagi kategori Selebriti pula dimenangi oleh pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah.

TikTok Awards Malaysia 2024 merupakan acara kedua dijayakan TV3 dan TikTok bagi menghargai bakat dan kreativiti pempengaruh-pempengaruh.

Tahun lalu, menyaksikan Khairul Aming dipilih sebagai Creator of The Year.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved