2 Negeri Dijangka Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’ Hingga Sabtu Ini

LocalEnvironment
18 Nov 2024 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

2 Negeri Dijangka Alami Hujan Berterusan Tahap Buruk Hingga Sabtu Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk dan Tahap Waspada di beberapa negeri hingga 23 November ini.

Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, beberapa kawasan di dua negeri iaitu Pahang dan Johor diramal mengalami cuaca pada Tahap Buruk.

“Di Pahang, ia melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” maklumnya.

Sementara itu, amaran hujan berterusan Tahap Waspada juga dikeluarkan oleh METMalaysia di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan seluruh kawasan di Terengganu hingga Sabtu ini.

Manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor dan seluruh Melaka pula diramal mengalami hujan berterusan Tahap Waspada hingga 20 November (Rabu).

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

“Selain itu, di Negeri Sembilan termasuk tiga daerah iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.