2 Orang Patah Kaki, Lif Kondominum Jatuh Dari Tingkat 8

15 Oct 2022 • 2:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang wanita mengalami kecederaan patah kaki selepas sebuah lif terjatuh dari tingkat lapan ke bawah di sebuah kondominium di Lengkok Thamby Abdullah di Brickfields, di sini, malam tadi. - Gambar ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR - Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan situasi cemas apabila lif yang mereka dinaiki terjatuh dari tingkat lapan di sebuah kondominium di Lengkok Thamby Abdullah di Brickfields, di sini, malam tadi. 

Kejadian menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki patah kaki manakala yang lain selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.52 malam dan sebuah jentera disertai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah digegaskan ke lokasi.

“Menurut mangsa, lif tersebut jatuh dari tingkat lapan hingga ke tingkat bawah (GF). Wanita dan lelaki yang patah kaki dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved