2 Pelajar Sekolah Kantoi ‘Berasmaradana’ Dalam Tandas

25 Jul 2023 • 6:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Viral remaja berdua-duaan di dalam tandas tular

2 Pelajar Sekolah Kantoi Berasmaradana Dalam Tandas. Tular baru-baru ini apabila sepasang remaja lelaki dan perempuan kantoi berdua-duaan di dalam bilik air di sebuah pusat membeli-belah.

Menerusi perkongsian video yang viral, seorang pengguna tandas dipercayai memaklumkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan untuk pemeriksaan segera di dalam bilik air itu.

Bayang dua remaja kelihatan

Bagaimanapun, jelas kelihatan bayang dua remaja terbabit, namun mereka hanya mendiamkan diri apabila pintu diketuk dari luar.

image is not available
Sumber: cari

Menurut laporan, kedua-dua pelajar tersebut masih lengkap beruniform sekolah masing-masing semasa kejadian berlaku.

Kemudian, mereka akhirnya mengalah dan keluar dari tandas tersebut. Sumber mengatakan bahawa si perakam kemudian menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak pengawal keselamatan.

Adakah hanya salah faham?

Menerusi pendedahan tersebut dari orang tengah mengatakan bahawa kejadian itu hanya salah faham sahaja. Perkara sebenar yang berlaku adalah pelajar lelaki itu sedang menunggu di luar, namun lelaki itu tiba-tiba terdengar perempuan itu menangis di kawasan singki.

Susulan itu, lelaki tersebut memasuki tandas untuk melihat apa yang terjadi, perempuan itu malah menjerit dan berlari masuk ke dalam tandas berkenaan.

image is not available
Sumber: cari

Sebab panik, lelaki itu turut masuk ke dalam tandas berkenaan

Disebabkan panik, lelaki itu ikut masuk di tandas tersebut setelah ada wanita lain mahu masuk ke situ. Maka, mereka bercadang untuk mengurungkan diri bersama dan akan segera keluar apabila tandas kembali kosong.

Oleh kerana kejadian tersebut, perbuatan berdua-duaan mereka itu menyebabkan kecurigaan orang lain.

Dalam pada itu, ada berita yang melaporkan, mereka didakwa berasmaradana di dalam tandas berkenaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: