2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

LocalCars
14 Feb 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

smart Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya membuka dua pusat pengedar baharu di Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua akan mengendalikan pengedar smart di Kuching.

Kedua-dua pengedar ini juga merupakan pengedar bagi Proton e.MAS, sekali gus memperkukuh Malaysia ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV).

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. Zhang Qiang berkata, peluasan rangkaian itu mencerminkan permintaan smart yang semakin meningkat di Malaysia.

“smart Malaysia komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses melalui rangkaian pengedar ini,” katanya.

Sedikit latar belakang mengenai HK Electra , pusat pengedar ini sebenarnya telah berkembang daripada pengedar Proton 2S kepada pusat 4S pada 2018.

image is not available

Syarikat ini telah meraih pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah No. 1 Diamond Grand (2023 & 2024) serta Anugerah CEO Terbaik.

Pusat pengedar smart ini terletak di Indera Mahkota, Kuantan,dan bilik pameran seluas 695meter persegi ² ini menampilkan empat unit paparan dan enam pengecas EV, termasuk dua pengecas pantas DC 120kW,.

Sementara itu, Ghee Hua pula adalah satu nama yang dikenali dalam industri automotif Sarawak, dan telah menawarkan kenderaan elektrik Proton dan smart.

Pusat smart yang dikendalikan oleh Ghe Hua pula terletak di Jalan Abell, Kuching Sarawak.

image is not available

Selain itu, smart Malaysia memperkenalkan kempen eksklusif Feb-ulous Deals sepanjang Februari, menjadikan pemilikan smart lebih jimat dan berbaloi.

Jika berminat, anda boleh tempah sesi pandu uji di https://my.smart.com/reserve-my-seat/.