2 remaja lelaki bertumbuk kerana berebut cinggey, sambil disaksikan sekumpulan pelajar di Kota Bharu

14 Sep 2023 • 10:07 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isnin lalu tular video dua remaja lelaki bergaduh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dua remaja berkenaan bergaduh di kawasan tanah lapang sambil disaksikan oleh sekumpulan remaja lain.

Difahamkan dua suspek terbabit merupakan pelajar dari sebuah sekolah menengah di Ketereh. Pergaduhan berlaku berpunca daripada perselisihan faham di antara mereka.

Ekoran kejadian itu, lima pelajar berusia 14 hingga 15 tahun yang juga saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Siasatan mendapati, dua remaja itu bergaduh disebabkan berebut kekasih yang membawa kepada pergaduhan tersebut.

“Hasil siasatan, kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar yang menyebabkan cemburu.

“Dua remaja dalam kes itu adalah pelajar berusia 14 tahun dan 15 tahun.

“Sebelum itu, mereka berjanji mahu berjumpa di suatu tempat untuk beradu kekuatan. Perkara itu diketahui oleh rakan-rakan yang kemudian datang untuk menjadi penonton,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak bermoral.

Sumber: Harian Metro