2 rentung nahas kereta bertembung lori disahkan suami isteri

7 Sep 2023 • 8:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, dekat sini pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan itu masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 4.30 pagi tadi. 

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City dinaiki pasangan itu dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang telah hilang kawalan.

"Ia kemudian memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran itu, manakala pemandu lori terlibat berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. - 7 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved