2 Rumah Teres Musnah Terbakar

13 Jun 2022 • 5:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kebakaran berlaku di dua rumah teres setingkat, bermula di bahagian ruang tamu rumah pertama yang terbakar hampir 70 peratus. - Gambar Bomba KL

KUALA LUMPUR - Dua buah rumah teres setingkat di Jinjang Utara di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan tersebut menerusi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur tengah hari tadi.

“Seramai 22 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul dan BBP Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapati berlaku kebakaran di dua rumah teres setingkat, bermula di bahagian ruang tamu rumah pertama yang terbakar hampir 70 peratus.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak, tetapi rumah kedua sudah mengalami kemusnahan sehingga 10 peratus.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. - Getaran, 13 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved