2 Set ETS Bakal Tiba Dari China

LocalCars
18 Mar 2025 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, baki lapan set tren pula akan dipasang di negara ini melalui kilang di Batu Gajah, Perak dengan tren baharu berkenaan dijangka dapat beroperasi secara beransur-ansur pada penghujung tahun ini.

image is not available

"Tren ETS baharu dijangka beroperasi penghujung tahun ini, apa kita buat sekarang ialah kita lanjutkan perkhidmatan ETS sedia ada ke Segamat sebab Stesen Segamat dah siap tapi Stesen Johor Bahru belum siap. Jadi, perkhidmatan belum boleh bermula dari Johor Bahru, ia masih sampai Segamat sahaja.

"Segamat menggunakan tren sedia ada dan semua tren baharu sedang disiapkan, malah dua tren pertama juga akan tiba daripada (pembekal) China bulan depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dengan adanya tren baharu berkenaan, kekerapan perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur juga akan bertambah, sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna.