2 stesen minyak disyaki subahat seleweng petrol diserbu KPDN

11 Feb 2024 • 4:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Dua pemilik stesen minyak dekat Tumpat, Kelantan berdepan tindakan mahkamah selepas disyaki bersubahat dalam kegiatan penyelewengan petrol.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kegiatan itu dikesan apabila pasukannya membuat serbuan pertama di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 8 pagi semalam.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Proton Iswara berpendaftaran tempatan dikesan membuat pengisian anggaran 150 liter minyak petrol ke dalam tangki yang diubahsuai.

“Pasukan mengesan pergerakan suspek namun suspek menyedari serbuan itu dan bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah stesen minyak dekat Chabang Empat, Tumpat pada jam 10.30 pagi semalam, pihaknya merampas sebuah kereta jenis Proton Iswara bersama 100 liter petrol dalam tangki diubahsuai.

Katanya, seorang lelaki berusia 50-an warga tempatan yang juga pemandu kereta terbabit berjaya ditahan kerana membuat pengisian berulang dalam kuantiti tidak munasabah di stesen tersebut.

“Selain suspek, dua pemilik stesen minyak terbabit juga diambil tindakan dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, sama ada bersubahat atau sebaliknya.

“KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris bagi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri berkenaa dari semasa ke semasa,” katanya. – 11 Februari 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved