2 syarikat usaha sama uruskan Menara KL, konsesi selama 20 tahun: Fahmi

Business & Finance
29 May 2024 • 4:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA – Kerajaan melantik syarikat usaha sama (JV) untuk meneruskan operasi Menara KL selama 20 tahun, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, pemilihan syarikat usaha sama antara LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd dibuat selepas lima pembida tempatan mengemukakan cadangan.

"Daripada lima syarikat berkenaan, ada satu syarikat yang dipilih oleh UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) dan kerajaan, iaitu LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd. Mereka melakukan usahasama.

“Syarikat berkenaan didapati menepati syarat-syarat dan tiada apa-apa isu selepas semua saringan dari segi integriti dilakukan.

“Proses seterusnya ialah mengeluarkan surat (pelantikan) dan Jemaah Menteri memaklumkan konsesi ini selama 20 tahun,’’ kata Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan pada sidang media di pejabatnya, hari ini. - 29 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved