2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin

6 Oct 2022 • 1:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lama dah tak singgah ke Pasar Serikin

2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin. Penduduk di Sarawak pasti kenal sangat dengan tempat ni. Yelah, tempat ni merupakan ‘racun’ hingga membuatkan anda rambang mata untuk membeli barangan di sini.

Sebelum ini, kedai-kedai kecil di pasar Serikin telah diroboh bagi membolehkan projek semula sistem perparitan yang telah dipersetujui oleh penduduk kampung. Tambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan antarabangsa dikuatkuasakan bagi mengekang penularan COVID-19.

image is not available
2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin. Sumber: FB Haimey Channel

Dan kini, Pasar Serikin kembali beroperasi seperti biasa!

Pasar Serikin ini terletak di sempadan Malaysia-Indonesia yang terletak kira-kira 80 km dari Kuching. Jadi, tidak hairanlah jika majoriti penjual di Serikin ini berasal dari Indonesia.

Menariknya di Pasar Serikin kerana di sini adalah tempat di mana anda boleh dapatkan barangan yang diimport ini dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding di bandar. Korang nak tawar menawar pun bolehimage is not available

Antara barangan yang dijualnya adalah pakaian, mainan, perabot yang diperbuat daripada rotan dan sebagainya. Pasar Serikin ini juga merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu dan juga cuti sekolah.

image is not available
Sumber: FB Haimey Channel

Antara barangan yang dijualnya adalah pakaian, mainan, perabot yang diperbuat daripada rotan dan sebagainya.

Perkongsian di laman Facebook milik Haimey Channel ini telah menarik perhatian netizen hingga meraih sebanyak 1.4K kongsi dan 127 tanda suka setakat artikel ini ditulis. Haimey kongsi gambar menunjukkan beberapa buah kedai di Pasar Serikin ini sudah kembali beroperasi.

Kongsian tersebut sekaligus membuatkan netizen merasa rindu dengan suasana meriah di Pasar Serikin.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025iKPdcRGWEFo6XWh4v3ryQwiW1cgqAa8TXmgrdspJu42P57o6QsvqSXsqW2KA25l&id=100077251224833&sfnsn=mo

Menerusi di ruangan komen, penduduk di kawasan Pasar Serikin turut mengesahkan bahawa kedai di pasar ini sudah 70 peratus buka dan beroperasi seperti biasa. Dan korang yang nak shopping di sini, jom ajak family hujung minggu ni!

image is not available
Sumber: FB Haimey Channel

Lagi pasar yang menarik di Sarawak, anda boleh tekan pautan di bawah: