2 tahun ‘menghilang’, Ismail Izzani banyak luangkan masa bersama keluarga

LocalEntertainment
23 Sep 2024 • 10:05 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi, Ismail Izzani, 24, ‘menghilangkan’ selama dua tahun kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan keluarganya.

Ismail mengakui dia telah mengambil banyak masa untuk membina kerjaya nyanyiannya yang bermula sejak usia 16 tahun dan tanpa sedar telah menyebabkan dia terlepas peluang bersama dengan keluarga.

“Pada masa itu, saya sudah bekerja dan masa bersama keluarga sangat terhad. Saya juga tinggal sendiri sejak berusia 17 tahun, jadi kerinduan kepada keluarga sering kali melanda. Jadual persembahan yang padat membuatkan masa semakin terhad,” katanya.

Namun, dalam tempoh itu, Ismail turut meneroka dunia muzik untuk memperluas inspirasinya walaupun bukan mudah seperti yang disangkakan di mana dia perlu memahami jenis muzik yang diminati dan corak persembahan.

“Sekarang, situasinya berbeza, terutamanya dengan kehadiran TikTok. Kita dapat melihat banyak bakat kreatif di luar sana. Saya terus mencabar diri sambil mengekplorasi lebih banyak ketika berehat,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved