2 Warga Asing Ditahan Selepas Cuba Menculik Kanak-Kanak Di Klang

26 Mar 2024 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
warga asing

2 orang lelaki warga asing berjaya dicekup oleh orang awam selepas cuba menculik bayi perempuan berusia 19 bulan dalam sebuah Pasar Raya di Klang.

Semasa kejadian Ibu kepada bayi tersebut sedang menaiki escalator bersama anak dan adik perempuannya.

image is not available

Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.

Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.

Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut

kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media